Selepas itu, pengetua menyuruhku ke bilik guru buat sementara waktu. Aku berada di situ dengan membaca buku sampai tamat waktu bertugas..
Keesokan harinya, aku mula berbincang bersama guru kaunseling ( merangkap penyeliaku ) mengenai bidang tugasku. Dia membawa aku ke bilik kaunseling tempat aku akan ditempatkan. Beliau menyuruhku duduk di bilik kaunseling mulai keesokan harinya. Dalam minggu pertama itu juga, aku diberi tugas mengendalikan satu slot dalam Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu. Agak berdebar-debar jugalah ketika itu kerana pertama kali aku bercakap di hadapan pelajar seramai 200 orang ( satu pengalaman baru yang aku dapat ). Alhamdulillah pelajar memberikan kerjasama & komitmen.
Sehari demi sehari, aku mula dapat menyesuaikan diri di sini. Ini kerana para guru2nya yang mesra & baik hati. Pelajar2nya juga baik2 semua. Aku mula berasa seronok & gembira. Banyak perkara yang dapat aku kutip sepanjang berada disini.Aku turut belajar mengendalikan ceramah, berkomunikasi bersama orang luar @ orang lain, mengajar secara formal dll.
Pada 23/2/2011 : inilah hari terakhir aku akan berada di sekolah sebagai kaunselor pelatih.....sedih mula terasa kerana aku akan meninggalkan pelajar2 Tingkatan 2 Hikmah ( kelas yang aku mengajar ), pelajar2 yang rapat denganku, kenanganku di sini & macam2 lagi. Mungkin selepas ini aku akan sentiasa mengingati kenangan2ku di sini....
3 comments:
WE WILL REMEMBER YOU.........
MY TEACHER........
WE WILL NEVER FORGET YOU.....
AND WE WILL MISS YOU.....
bnyak r mg p zain!!!
i miss u all so much...
Post a Comment