pAnTuN

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Hendaklah baik memilih pandan,
Di dalam pandan ada duri,
Hendaklah baik membela badan,
Di dalam badan ada diri.

Pokok pandan di kaki bukit,
Bertentang dengan pokok paku,
Rosak badan kerana penyakit,
Rosak bangsa kerana laku.


Sunday, May 20, 2012

 KELEBIHAN PUASA TERHADAP PERKEMBANGAN OTAK


  • Kajian daripada saintis US menunjukkan berpuasa secara tetap pada satu-satu masa mampu melindungi otak daripada penyakit degeneratif.
  • Pengkaji daripada Institut Kebangsaan dari Baltimore mengenai penuaan mengatakan mereka telah menemukan bukti bahawa mengurangkan pengambilan makanan untuk satu atau dua hari dalam seminggu berkesan untuk mengurangkan kesan penyakit Alzhemer, Parkinson dan penyakit lain yang berkaitan.
  • “Mengurangkan pengambilan kalori dapat melindungi otak anda tetapi melakukannya dengan mengurangkan pengambilan kalori bukanlah cara yang terbaik untuk memulakannya. Sebaiknya berpuasa selama sehari atau dua hari dan pada hari lain anda makan seperti biasa dan makan sebanyak mana yang anda inginkan” kaa Profesor Mark Mattson, ketua makmal neurosains di institut tersebut.
  • Dengan kata lain, pengaturan masa dalam diet memainkan peranan penting untuk proses ini,” Mattson memberitahu di mesyuarat tahunan American Association for the Advancement of Science di Vancouver.
  • Mengurangkan pengambilan makan kepada lebih kurang 500 kalori, amaun makanan bersamaan dengan beberapa jenis sayuran dan minuman teh selama 2 hari dalam seminggu memberikan keputusan yang memberangsangkan dalam kajian mereka.
  • Saintis sudahpun tahu bahawa diet rendah kalori adalah resepi untuk hidup yang lebih panjang. Kajian terhadap tikus telah membuktikannya dengan peningkatan umur sebanyak 40%. Kesan yang sama juga dilihat terhadap manusia. Bukan sahaja memanjangkan hayat manusia, kesan penuaan dan strok juga dapat dikurangkan dengan berpuasa selama 2 hari dalam seminggu.
  • Beliau dan rakan-rakan juga telah mengenal pasti mekanisma yang spesifik di mana perkembangan neuron berkait balas dengan pengurangan pengambilan kalori makanan. Amaun kimia 2 sel penghantar meningkat apabila kandungan kalori dilakukan secara mendadak. Sel penghantar kimia ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan neuron di otak dan mengurangkan impak penyakit Alzheimer dan juga Parkinson.
  • Bukan itu sahaja, berpuasa juga mampu meningkatkan kekuatan ingatan dan pemikiran apabila sel otak diberikan sedikit tekanan. Sama seperti otot badan yang memerlukan rintangan untuk mendapatkan otot yang besar dan kuat.

(SUMBER : psipum.org)

Saturday, March 12, 2011

Tsunami di Jepun : Apa iktibar kepada kita??

Tsunami Di Jepun : Gambar-Gambar Tsunami Di Jepun 11 Mac 2011
Mari kita saksikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa dan selepas kejadian tsunami yang berlaku di jepun.
Jika dilihat memang banyak kerosakan yang berlaku di jepun.Kelihatan juga makanan di kedai-kedai semakin kehabisan kerana penduduk jepun membeli bekalan makanan mereka.
Kesian melihat mereka,inilah dugaan yang Allah turun kepada hamba-hamba-Nya.Semoga kita semua dilindungi daripada kejadian tsunami ini.Insya-Allah
Tsunami surge throws boats against building
Child reacts for people affected
Houses are swept by tsunami in Natori City
Houses swept out burn
Houses swept by tsunami smoulder in Japan


Traffic is in chaos
Japan Earthquake
Building swept by tsunami is pictured
Japan Earthquake
People queue to pay for goods and drink
Cars and airplanes swept are pictured
Japan Earthquake

Monday, February 21, 2011

Never Forget_ Maher Zain ft. Mesut Kurtis.wmv

kEnAnGaN sEmAsA pRaKtiKaL dI SMA Al-FaLah KeMaMan

Pada 3/1/2011 : aku memulakan hari pertama sebagai kaunselor pelatih di SMA Al-Falah Kemaman, Terengganu. Perasaanku bercampur-baur antara takut, tidak sabar2, malu dll. Apabila sampai di sekolah pada jam 7.48 pagi, aku mula melaporkan diri di pejabat. Aku diajar cara punch card oleh kerani. Selepas itu, aku mengadakan perbincangan bersama Pen. Kanan 1 & Pengetua mengenai bidang tugas aku berada di sekolah ini.
Selepas itu, pengetua menyuruhku ke bilik guru buat sementara waktu. Aku berada di situ dengan membaca buku sampai tamat waktu bertugas..
       Keesokan harinya, aku mula berbincang bersama guru kaunseling ( merangkap penyeliaku ) mengenai bidang tugasku. Dia membawa aku ke bilik kaunseling tempat aku akan ditempatkan. Beliau menyuruhku duduk di bilik kaunseling mulai keesokan harinya. Dalam minggu pertama itu juga, aku diberi tugas mengendalikan satu slot dalam Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu. Agak berdebar-debar jugalah ketika itu kerana pertama kali aku bercakap di hadapan pelajar seramai 200 orang ( satu pengalaman baru yang aku dapat ). Alhamdulillah pelajar memberikan kerjasama & komitmen.
      Sehari demi sehari, aku mula dapat menyesuaikan diri di sini. Ini kerana para guru2nya yang mesra & baik hati. Pelajar2nya juga baik2 semua. Aku mula berasa seronok & gembira. Banyak perkara yang dapat aku kutip sepanjang berada disini.Aku turut belajar mengendalikan ceramah, berkomunikasi bersama orang luar @ orang lain, mengajar secara formal dll.

Pada 23/2/2011 : inilah hari terakhir aku akan berada di sekolah sebagai kaunselor pelatih.....sedih mula terasa kerana aku akan meninggalkan pelajar2 Tingkatan 2 Hikmah ( kelas yang aku mengajar ), pelajar2 yang rapat denganku, kenanganku di sini & macam2 lagi. Mungkin selepas ini aku akan sentiasa mengingati kenangan2ku di sini....

              SELAMAT MAJU JAYA PELAJAR-PELAJARKU & SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI!

Sunday, February 6, 2011

Apa sudah terjadi kepada masyarakat negara ini???

Saudara2 kita di Mesir sedang berdemontrasi bagi menggesa Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan sanggup bermati-matian....tetapi berlainan pula kita di sini....rakyat sedang berdemontrasi bagi menyokong saudara & sahabat kita di Mesir pula disembur dengan gas pemedih mata, ada juga yg ditangkap oleh polis....knpe perkara seperti itu blh b'laku??adakah polis tidak bersetuju dgn cara kita??saya ada terbaca berita drpd surat khbr Harakah pada ptg smalm....ada bberapa gambar yg mnunjukkan polis berpakaian preman menangkap seorang lelaki yang turut serta dlm demontrasi tersebut slps perhimpunan berakhir...sepatutnya kita sebagai orang Islam mestilah memberikan sokongn & bknnya bertindak sedemikian....sungguh tidak patut polis bertindak sedemikian! sungguh zalim!....sahabat2 sekalian yg b'gelar org Islam....ayuh bangkitlah menentang kezaliman yg b'laku di negara ini....kita sama2 m'buat satu perubahan demi ISLAM!